Salam buat semua pembaca blog NANADEROSES...Pejam celik pejam celik dah pun masuk tahun baru 2011. Rasa macam baru jek bermula tahun 2010. Akhirnya 2011 dah pun sepuluh hari berlalu. Akibat kesibukan yang melanda aku start dari bermulanya tahun 2011, aku pun tak sempat nak mengupdate blog aku ni. Baru nie la aku menyempatkan jugak untuk mengupload gambar-gambar terbaru hasil karya ku. Maklum la busy memanjang dengan report2 tahunan yang perlu disiapkan segera.
Nak cerita ckit bab cuba mencuba. Pertama kalinya aku mencuba resepi opis mate buat "Cheese Cake". Katanya Cheese Cake yang bakal terhasil memang sedap. So, dengan excitednya aku pun mencubala resepi dari Kak Lin. First time, mak uiiii...payah nyer. Macam2 nak kena letak. Masa membakar pun agak lama. Maklumla, oven yang dipunyai tak la canggih. Tak tahu la pulak lepas sejam kena simpan dalam peti ais selama 4 jam. Dok bakar dalam oven sejam 40 minit, tu dia... hitam dah kat lapisan atas. Dengan rasa kecewanya, aku pun matikan la suis. Biarkan kek tu sejuk ckit, baru la aku keluarkan daripada oven & loyang. Fikir punya fikir, macamana nak adjust kek tu, aku pun potong la bahagian yang hitam tu cantik2 lepas tu aku pun letak la blueberry & simpan jek dalam peti ais. Esok pagi nya, aku pun cuba la menjengah dalam peti ais, & nak jugak try rasa. Emmmmm...tak sangka, sedap jugak. Cuma terlalu manis. Terlebih gula & blueberry agaknya. Bila aku rasa dah menjadi 50% aku pun jadi lebih bersemangat untuk mencuba kali kedua. Alhamdulillah, setelah kali pengalaman kali pertama, aku try buat untuk kali kedua setelah kajian dibuat akibat kegagalan kali pertama. Yummmy...yummmy... memang sedap & best sangat cheese cake menjadi.... Ini lah hasilnya... walaupun tak berapa menarik, tapi yang penting...sedap....

Lepas cheese cake, cerita pulak bab kek lain. Sambil siapkan kek untuk majlis perkahwinan mak cik sedara aku, bertema peach oren, aku buat jugak kek untuk parents kesayangan aku sempena anniversary ke 35 tahun. Tak der hadiah nak bagi, cuma aku buat kek untuk parents sebagai tanda kasih sayang aku pada diorang.. Moga mak ngan abah bahagia selamanya dan dipanjangkan umur... amin...Bila aku buatkan untuk parents adik aku pulak tanya "buatkan untuk deq na skali". Aku kata maleh, tak der masa. Tapi aku buatkan jugak, cian kat die, dah lama nak kan kek yang ada gambar dier. Lepas tengok ada kek untuk dier, melompat-lompat la...suke punyer pasal. Tak padan ngan umo...macam budak kecik dapat gula-gula...
Lagi-lagi cerita bab kek. Kali ni aku berjaya menyiapkan kek 3 tingkat bertema peach sponsor untuk makcik sedara aku kat kampung. Hilang idea pulak time nak buat tu. Last2 aku buat la apa yang sempat. Alhamdulillah menjadi jugak. Tapi sayangnyer, dari Kajang balik ke Johor, kek nyer dah tersentuh & tersenget sikit.

Ni pulak mak cik aku nyer tempahan untuk birthday anak2nya 2 orang, sekali dgn diri beliau sendiri. Kalau buat untuk 3 orang sekali payah gak nak buat camner. Sorang bujang, sorang anak dara & mak dara. Jenuh gak la nak buat kelainan. Last2 aku buat jela kek camnie...
No comments:
Post a Comment