Selamat Datang ke "Nana De' Roses". Muslim Homemade Bakery... Sedia menerima tempahan "Kek & Cup Cakes", sesuai dengan pelbagai jenis majlis seperti Majlis Harijadi, Majlis Perkahwinan, Majlis Pertunangan, Majlis Reunion dan lain-lain. Sebarang pertanyaan sila email ke nana_prison@yahoo.com.my @ hubungi saya di talian 019-7105401

HOW TO ORDER.....
1. Email ke nana_prison@yahoo.com.my
2. Sertakan nama, no telefon dan tempat pengambilan tempahan
3. Buat pembayaran online di akaun maybank "151070991463" atas nama "Nurhana Arshad"
4. Emailkan resit pembayaran
5. Pick up point; Sekitar Kajang, Metro Point, Tesco Kajang, Giant Kajang @ No. 220 Jln Puncak Saujana 3/1C, Seksyen 3, Taman Puncak Saujana, Kajang




Friday, October 7, 2011

Cup Cake Strawberry

Solo packaging cup cake tempahan sempena Majlis Hari Raya Puspanita KDN, thanks atas kepercayaan kepada nanaderoses untuk menyerikan lagi meja vip...





Barbie Cake

Repeat order from Kak Zila....sempena birthday puteri tersayang.... Thans a lot kak zila atas ulangan tempahan akak....





Wednesday, October 5, 2011

Kek Mickey Mouse

Bercerita pulak tempahan dari Kak Yana, Kek Mickey Mouse untuk anaknya. First time draw kat kek, muke nyer tersenget ckit...maklumla br cuba melukis gambar kartun... Insya Allah next time nanaderoses akan buat yang lebih baik dari semalam.... Whateverpun, thanks to Kak Yana coz sudi tempah kek dari nanaderoses....













Baby Cake...

Salam sejahtera and salam mesra dari nanaderoses buat tatapan semua pembaca blog nanaderoses.... Jika dikira-kira rasanya lebih dari 2 bulan nana tak update blog nie. Bukan sahaja kesibukan di ofis melanda tapi juga sibuk mengurus dan melayan anak-anak kesayangan di rumah. Program di ofis sekarang ni pun tak menentu. Kekangan waktu-waktu tersebut menyebabkan kesempatan untuk mengupdate blog tidak diperolehi....Ceh...bermadah pulak, almaklumlah dah lama betul tak berbahasa dan bersastera...


K la, cerita bab kek pulak, terbaru ni nana buat sale pulak baby cake.... ni bukan apam polkadot tau... Kek yang besar tu dikecilkan kepada saiz baby, yang sesuai untuk pelbagai event, kalau nak buat goodies pun ok. Lagipun bila difikirkan, kadang-kadang kite malas nak potong2 kek yang besar-besar coz takut membazir. So dengan ilham ini maka tergerak jugak la nak menggantikan cup cake dengan baby cake.....

Sunday, May 29, 2011

Apam Polka Dot...

Kali kedua cuba buat apam Polka Dot...Alhamdulillah menjadi lagi. Kalau yang mula2 buat dulu banyak lubang2, kali ni lubang2 tu dah kurang. Hasil daripada khidmat nasihat Kak Sofea, nampaknyer menjadi. Tp nanaderoses buat apam nie saja suke2, memandangkan anak2 suke sangat, tu yang belajar buat & leh jadikan santapan waktu petang. Sesape yang nak buat tempahan apam nie bolehla hubungi Kak Sofea (Sofea d'Chocolate.blogspot). Beliau memang arif bab2 apam nie....
120pcs tempahan simple solo cupcakes daripada Cik Atiqah sempena Majlis Pertunangannya. Tahniah diucapkan, semoga berkekalan selama-lamanya...Amin.

Kek Vs Cup Cake

Dah lama tak update blog nie. Maklumla...kekangan masa bekerja. Kek ni adalah repeat order dari Wani, office mate. Katanya untuk majlis resepsi adiknya. Cup cake untuk hantaran, manakala kek 2 tingkat untuk majlis potong kek... Whateverpun, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada nanaderoses untuk memeriahkan majlis....

Monday, May 2, 2011

Kek Harijadi

Kek ni tempahan daripada Kak Salmah dari Seremban untuk meraikan majlis harijadi anaknya Syaliana yang ke 16 tahun. Terima kasih banyak2 atas tempahan akak. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki Adik Nur Syaliana..... Amin...

Castle Cake

Kek Istana (Castle Cake) direka dan dibuat khas sempena Anniversary ke 5 tahun kami suami isteri. Tak sangka, dah 5 tahun kami mendirikan rumah tangga. Rasa macam baru jek nikah. Memula nak buat kek ni, tak tau nak buat patern macam mana, tp bila mengenangkan anak2 nyer birthday pun tak sambut lagi & belum buatkan kek lagi, so timbul ilham untuk buat skali, so niatnyer... utk Birthday Syazwani, Birthday Syazwan & Anniversary 5th... Sesuai la ngan Istana Idaman yang dibina nie... Sesaper yg berminat boleh la membuat tempahan dengan harga yang berpatutan....


Thursday, April 14, 2011

CUP CAKE CHELSEA

Ni pun tempahan daripada Cik Fara.... Thank U So Much...

KEK HANTARAN PERTUNANGAN

Tempahan daripada Cik Farah untuk majlis pertunangan.... Siapa yang bertunang?....Haa.....hanya Cik Farah yang tau. Terima kasih banyak-banyak kerana diberi kepercayaan untuk menyerikan majlis pertunangan tersebut... Moga kekal sehingga jinjang pelamin & selama-lamanya.....Amin....

Apam Polka Dot...

Try & Error buat Apam Polkadot....Alhamdulillah menjadi... Anak pun tak putus-putus makan. 1/3 daripada hasil yang dibuat, dah dimakannye sebelum sempat bawak g opis.....

Sunday, April 3, 2011

Repeat order from Kak Zila, untuk majlis pertunangan. Kek ni juga dijadikan sebagai perasmi untuk aku menggunakan acu tulisan. Akhirnya berjaya jugak aku mencari acu nie... nampak lebih sempurna dan cantik... Thank u very much Kak Zila...next time leh order lagi....

ELMO EMOTICON

Tempahan Emoticon Elmo daripada Meyna (Ina).... Thank u very much....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...