Selamat Datang ke "Nana De' Roses". Muslim Homemade Bakery... Sedia menerima tempahan "Kek & Cup Cakes", sesuai dengan pelbagai jenis majlis seperti Majlis Harijadi, Majlis Perkahwinan, Majlis Pertunangan, Majlis Reunion dan lain-lain. Sebarang pertanyaan sila email ke nana_prison@yahoo.com.my @ hubungi saya di talian 019-7105401

HOW TO ORDER.....
1. Email ke nana_prison@yahoo.com.my
2. Sertakan nama, no telefon dan tempat pengambilan tempahan
3. Buat pembayaran online di akaun maybank "151070991463" atas nama "Nurhana Arshad"
4. Emailkan resit pembayaran
5. Pick up point; Sekitar Kajang, Metro Point, Tesco Kajang, Giant Kajang @ No. 220 Jln Puncak Saujana 3/1C, Seksyen 3, Taman Puncak Saujana, Kajang




Saturday, December 11, 2010

Edible Image + Chocolate Cake

Salam...
Cerita lagi tentang hasil yang telah dibuat. Lepas kerja-kerja pindah umah selesai, tempahan kek diterima lagi. Kali nie 3 biji kek besday daripada Kak Lin. Katanya untuk dicelebrate bersama-sama dengan anak-anak yatim. Ahamdulillah, ada jugak insan yang berhati mulia nak meraikan majlis bersama-sama anak yatim. Sekurang-kurangnya dapat juga mereka memeriahkan majlis tersebut.
Kek Steam Buttercream perisa Orange nie dibuat untuk anak sedara Kak Lin.
Kek tema Princess Belle ni untuk anak Kak Lin, berperisa Strawberry.
Ni pula Kek perisa coklat, manchester United. Kek coklat moist nie pun tempahan dari Kak Lin jugak. Tapi dah lama ditempah. Baru hari nie sempat upload gambar kek ni. Kek ni ditempah sempena menyambut hari ulangtahun sahabat-sahabat Kak Lin untuk Majls Reunion di Seremban.








Sunday, November 28, 2010

Salam…
Dah 2 minggu pindah umah, baru hari nie sempat nak upload gambar. Tp gambar ni aku ambil sebelum pindah lagi. Gambar terbaru belum sempat diambil coz tengah berterabur dgn barang2 dan kotak2 yang belum dibuka…Insyaallah kalau dah setle semua kerja2 mengemas, aku akan menguploadkannyer…hehe…
Terima kasih suamiku tersayang....

Serba sedikit pandangan di dalam rumah....
Rumahku Syurgaku...daripada padangan hadapan...Sebelum di tambah orning...



Sunday, November 21, 2010

Pindah Rumah Baru...

Lama jugak aku tak update blog nie. Maklumlah tengah sibuk mengemas umah. Alhamdulillah kerja2 pindah umah baru dah setle... Skarang nie tinggal mengemas, menyusun dan menghias. Satu kerja yang memang memenatkan dan menyakitkan. Akibat daripada terlalu excited pindah umah baru, kaki pulak buat hal. Time nie la die nak sakit. Tapi takper, cubaan...mudah2an cepat sembuh ye kaki..
Buat masa nie tak sempat lagi nak upload gambar umah baru. InsyaAllah kalau ada masa terlebih akan ku upload gambar2 tu. Matlamat utama menghias untuk menjadikan suasana hiasan dalaman ala inggeris. Nak follow member2 yang ada minat yang sama. So selepas ni kalau ada sesaper mempunyai konsep hiasan yang aku tertiru sorry yer... Itu bermakna rumah anda telah menjadi idola kepada aku...

Tuesday, October 26, 2010

3 + 2 Tier Wedding Cake

Kek yang terbaru telah pun berjaya ku siapkan . Ianya adalah tempahan dari Haswani (Opismate) untuk kakaknya yang bakal melangsungkan perkahwinannya 30 Oktober 2010. Memula rasa berdebar gak nak wat kek nie...almaklumlah baru fst time buat kek 3 tingkat nie. Lebih2 lagi bila bakal digunakan untuk majlis potong kek... Kalau tersilap pengsan la gamaknyer... Tp alhamdulillah...berkat kesabaran dan ilmu yg telah diajar oleh kak liana, akhirnya berjaya jugak aku menyiapkan kek2 tersebut. Haaa...ini lah hasilnya.....
Untuk menambahkan seri kek ni lagi, aku sediakan stand yang dihiasi gelungan bulu warna pink putih yang dikawal oleh bidadari kupu2 yang cantik. Setelah berpenat lelah mencari bidadari ni akhirnya jumpa jugak aku.... maka terhasillah stand yang ringkas dan cantik.....
Setelah semuanya siap, ini hasilnya...3 tier wedding kek ku yang pertama.....
Kek putih pink ini pula tempahan dari kakak haswani.....2 tier wedding kek

Monday, October 18, 2010

Pillow Cake

Tempahan daripada IP Norzila Parol untuk hantaran pertunangan sepupu.... Ni adalah first time buat kek bantal. Pendek kata sy masih belum berpuashati dgn kek yang telah dihasilkan. Walaumacamanapun.... akan ku cuba untuk memperbaiki dan mencantikkan lagi kek2 tempahan di masa2 akan datang...

Friday, October 1, 2010

Kek Coklat Basah

Kek Coklat Basah 1kg tempahan dari Kak Niza...
Kek Coklat Basah 1/2 kg tempahan dari Kak Niza gak....
Sponsor Cupcakes 's' untuk Jamuan Hari Raya bahagian.. 150 pcs
Tempahan dari Kak Has dari Bangi...
Tempahan dari Kak Has...( Ultraman + Ben 10 )

Thursday, September 30, 2010

SESI PEMBELAJARAN PERTAMA...

Semua ni adalah hasil daripada sesi pembelajaran bersama Kak Liana dari Bangi. Untuk pertanyaan lebih lanjut berkaitan kelas Kak Liana ni bolehla layari laman http://www.loveliana.blogspot/.

Pelbagai jenis cupcakes....
Kek Barbie Doll...

Novelty Kek...
Photocake...
Chocolate Roses...
Basketweave...

Monday, September 27, 2010

Cup Cakes

Kek ini khas ku buat sempena persaraan KIP Wan Namat di Majlis Jasamu Dikenang Beserta Majlis Berbuka Puasa di Restoran Cerana, Cheras...





















Tempahan dari Cik Nadia...

Birthday Cake

Tempahan dari Kak Rita untuk Birthday anaknya...










































Tempahan dari Liayana untuk Birthday suami tercinta...

Thursday, September 23, 2010

24 September 2010

Anakku kini beransur pulih dari demam yang melanda. Alhamdulillah. Namun Syazwan hari ni kena demam campak pulak. Tak pe la adik, mama selalu pesan supaya adik kuatkan semangat menerima dugaan yang Tuhan berikan pada adik. Adik kena tabah dan tak boleh lemah dalam menempuhinya. Mudah2an adik akan bertambah sihat.. Amin..

Edible Cake + Barbie Cake

Kek ini untuk anak-anak sedara ku sebelah Perak...

















Kek Barbie ni dibuat khas untuk anak2 sedaraku di Johor.





Surprise Cake For Birthday

Setelah sebulan lebih menceburkan diri dalam bidang pembuatan kek nie, banyak yang dipelajari dari pelbagai kesilapan yang dilakukan. Lepas 2 minggu belajar dengan klas KAK LIANA, ternyata hasil pengajaran beliau amat berkesan dan membuahkan sesuatu yang tidak pernah sama sekali disangkakan aku dan suami. Dengan kekuatan dan kesabaran yang aku miliki, keyakinan untuk menerima tempahan dari pelanggan ditunggu. Ianya juga merupakan salah satu cara untuk aku menambah pendapatan sampingan dan memenuhi hobi yang lama terpendam disamping menjalankan tugas2 hakiki pejabat. Dengan ketiadaan sebarang ilmu pengetahuan dalam pembuatan kek dan hanya berbekalkan minat yang mendalam, aku gagahkan diri blajar mendeco kek dengan Kak Liana. Alhamdulillah, ternyata apa yang aku sangkakan selama sukar rupanya lebih mudah dengan teknik2 tertentu. Lebih2 lagi semangat ku kini berkobar2. Setakat ini tempahan yang diterima amat memberangsangkan. Secara tidak langsung sesi pembelajaran untuk menghaluskan dan mencantikkan lagi kek2 yang dihasilkan akan terus berlangsung.... Setakat ini lebih dari 10 biji kek telah pun dihasilkan. Alhamdulillah.....Syukran...

Wednesday, September 22, 2010

23 September 2010

Baru hari selasa naik keje, syazwan lak demam panas. Rasa tak sedap hati bawak ke klinik kesihatan. Doktor kata syazwan suspek denggi. Tak disangka2 lak hari tu kena naik ambulans dari klinik kesihatan ke hospital kajang. Alhamdulillah, bila doktor pakar cek darah semula, syazwan ok, cuma dia kurang darah (bacaan 9.9/12). Lepas ni kena makan ubat tambah darah (folic acid) & multivitamin selama 4 bulan. Patutla syazwan tak naik2 badannyer. Sepupu sepapat yang lain badan dah montel2. Rupa2nyer darah tak cukup dalam badan . Cian syazwan, nak mengalir rasa air mata nie bila tgk anak kena cucuk sana cucuk sini amik darah. Bila melihat anak sakit macam tu terasa lemah segala sendi2.. Ku tabahkan hati jua menerima dugaan sementara, & ku doakan agar anak ku akan kembali ceria dan lebih sihat dari sebelumnya...amin..


Anakku yang sulung kini berusia 3 tahun setengah. Kalau dah start bercakap tak berhenti2. Bercakap...menyanyi...mengira... bertanya dan terus bertanya. Kadang2 letih nak melayan. Tapi mengenangkan anakku ku kini dalam sesi pembelajaran untuk mengenal sesuatu aku dan suami terus melayani kerenahnya walaupun keletihan setelah seharian bekerja... Luv u honey...




Monday, September 20, 2010

Pengenalan

Assalamualaikum.... Buat pertama kalinya berkecimpung dengan era blogger ni, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari. Mujurla adik2 nak membantu time2 raya ri tu. Thanks bebanyak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...