
Wednesday, March 9, 2011
KEK ULTRAMAN (EDIBLE IMAGE)
Thanks to Cik Atiqah, atas tempahan Kek Ultraman nie. Dah ilang idea lak masa nak wat kek ni. So aku wat simple jek. 

MUFFIN COKLAT CHIP
Kali ni try pulak buat muffin. Memula, tempahan untuk kek coklat moist 200pcs, tapi disebabkan kek coklat tu kosong jek, so aku tukar untuk buat muffin. Rasa lebih kurang jek. Alhamdulillah, berjaya gak aku mencuba. Resepi ni aku dapat dari internet + di adjust ckit oleh kak annie. Setelah 3 kali mencuba akhirnya jadi jugak...

Monday, February 28, 2011
KEK COKLAT EDIBLE IMAGE
Emmm....cerita pulak bab coklat nie.. Kak Niza qontinue tempah kek coklat basah untuk little children... Tapi kali ni beliau mintak buat lain ckit, coz saja nak celebrate birthday putra & putranya sekaligus... so aku buat yg simple2 jek... yang penting menarik dan sedap....





Cup Cakes
Lagi tempahan cup cakes daripada Cik Ika untuk majlis kenduri di rumahnya... Terima kasih daun keladi...esok-esok boleh tempah lagi.



Sunday, February 6, 2011
Roary The Racing Car
Sekali lagi tempahan untuk party hari jadi kanak-kanak lelaki. Kali nie tempahan dari Kak Fuzah, dok satu line umah dengan umah aku. Dulu satu ibu pejabat, tapi skarang dah ke tempat lain. Temanya...kak fuzah kata tak kisah...buat la ape2 yang penting cantik. Pening jugak memula tu nak buat tema ape. Tapi selepas search dalam internet, tema yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki, terberkenan pulak dengan patern ni...Haa...ni la Roary The Racing Car... Ok tak...Cik Abang kesayangan jugak yang tolong menghias kek nie...tak sangka, berbakat jugak rupanya Husb aku nie.....hehehe...


Thomas Cake
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca setia nana de roses. Hari ni nak cerita pulak pasal tempahan tahun Baru cina baru-baru nie. Alhamdulillah rezeki anak-anak, aku terima 3 tempahan daripada 2 customer. First dari Ira (Putrajaya) untuk meraikan hari jadi anak sulungnya Nurhaq.. Mengikut tema yang diberi iaitu Thomas kegemaran Nurhaq, aku pun bersengkang mata mengerah idea membuat kek Thomas yang cantik lagi menarik. Search punya search akhirnya berkenan sudah di mata Thomas yang dicari-cari. Jenuh jugak la nak menggayakannya... Mujur suami yang dikasihi lagi memahami ada disisi membantu untuk mencantikkan lagi hasil nukilan...Ditambah pula dengan pakej cup cakes yang comel-comel.. nah...setelah berpenat lelah inilah hasilnya... 


Tuesday, January 18, 2011
Brownies
Cuti 2 hari kat rumah kalau tak buat paper boring pulak. Nak mengemas pun feel tak der. So, ape lagi... try and error la. Kali ni cubaan membuat Brownies resepi dari kak annie. Senang dan cepat. Bahan-bahan untuk membuat brownies dah sedia ada kat umah nie. Cuma masa jek yang tak mengizinkan untuk aku mencubanyer. Dikesempatan yang ada nie, aku cuba jugak menyelitkan seminit dua untuk mencuba kek baru. Alhamdulillah, menjadi. Tak ku sangka, sedap pulak tu. Rasa macam nak buat selalu. Tapi ye la...kek coklat nie kalau makan kerap pun jemu pulak kan. So ni la hasilnya...Yang ni sebelum disalut coklat...
Yang ni pulak selepas disalut coklat. Aku buat ala kadar jek, malas nak cantik2 sgt, coz untuk makan sendiri jek kan...
Subscribe to:
Posts (Atom)













