
Setelah sebulan lebih menceburkan diri dalam bidang pembuatan kek nie, banyak yang dipelajari dari pelbagai kesilapan yang dilakukan. Lepas 2 minggu belajar dengan klas KAK LIANA, ternyata hasil pengajaran beliau amat berkesan dan membuahkan sesuatu yang tidak pernah sama sekali disangkakan aku dan suami. Dengan kekuatan dan kesabaran yang aku miliki, keyakinan untuk menerima tempahan dari pelanggan ditunggu. Ianya juga merupakan salah satu cara untuk aku menambah pendapatan sampingan dan memenuhi hobi yang lama terpendam disamping menjalankan tugas2 hakiki pejabat. Dengan ketiadaan sebarang ilmu pengetahuan dalam pembuatan kek dan hanya berbekalkan minat yang mendalam, aku gagahkan diri blajar mendeco kek dengan Kak Liana. Alhamdulillah, ternyata apa yang aku sangkakan selama sukar rupanya lebih mudah dengan teknik2 tertentu. Lebih2 lagi semangat ku kini berkobar2. Setakat ini tempahan yang diterima amat memberangsangkan. Secara tidak langsung sesi pembelajaran untuk menghaluskan dan mencantikkan lagi kek2 yang dihasilkan akan terus berlangsung.... Setakat ini lebih dari 10 biji kek telah pun dihasilkan. Alhamdulillah.....Syukran...
No comments:
Post a Comment