Semua ni adalah hasil daripada sesi pembelajaran bersama Kak Liana dari Bangi. Untuk pertanyaan lebih lanjut berkaitan kelas Kak Liana ni bolehla layari laman http://www.loveliana.blogspot/.
Thursday, September 30, 2010
Monday, September 27, 2010
Cup Cakes
Kek ini khas ku buat sempena persaraan KIP Wan Namat di Majlis Jasamu Dikenang Beserta Majlis Berbuka Puasa di Restoran Cerana, Cheras...
Tempahan dari Cik Nadia...

Tempahan dari Cik Nadia...

Birthday Cake
Tempahan dari Kak Rita untuk Birthday anaknya...
Tempahan dari Liayana untuk Birthday suami tercinta...

Tempahan dari Liayana untuk Birthday suami tercinta...

Thursday, September 23, 2010
24 September 2010
Anakku kini beransur pulih dari demam yang melanda. Alhamdulillah. Namun Syazwan hari ni kena demam campak pulak. Tak pe la adik, mama selalu pesan supaya adik kuatkan semangat menerima dugaan yang Tuhan berikan pada adik. Adik kena tabah dan tak boleh lemah dalam menempuhinya. Mudah2an adik akan bertambah sihat.. Amin..
Edible Cake + Barbie Cake
Surprise Cake For Birthday

Wednesday, September 22, 2010
23 September 2010
Baru hari selasa naik keje, syazwan lak d
emam panas. Rasa tak sedap hati bawak ke klinik kesihatan. Doktor kata syazwan suspek denggi. Tak disangka2 lak hari tu kena naik ambulans dari klinik kesihatan ke hospital kajang. Alhamdulillah, bila doktor pakar cek darah semula, syazwan ok, cuma dia kurang darah (bacaan 9.9/12). Lepas ni kena makan ubat tambah darah (folic acid) & multivitamin selama 4 bulan. Patutla syazwan tak naik2 badannyer. Sepupu sepapat yang lain badan dah montel2. Rupa2nyer darah tak cukup dalam badan . Cian syazwan, nak mengalir rasa air mata nie bila tgk anak kena cucuk sana cucuk sini amik darah. Bila melihat anak sakit macam tu terasa lemah segala sendi2.. Ku tabahkan hati jua menerima dugaan sementara, & ku doakan agar anak ku akan kembali ceria dan lebih sihat dari sebelumnya...amin..

Anakku yang sulung kini berusia 3 tahun setengah. Kalau dah start bercakap tak berhenti2. Bercakap...menyanyi...mengira... bertanya dan terus bertanya. Kadang2 letih nak melayan. Tapi mengenangkan anakku ku kini dalam sesi pembelajaran untuk mengenal sesuatu aku dan suami terus melayani kerenahnya walaupun keletihan setelah seharian bekerja... Luv u honey...
Monday, September 20, 2010
Pengenalan
Assalamualaikum.... Buat pertama kalinya berkecimpung dengan era blogger ni, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari. Mujurla adik2 nak membantu time2 raya ri tu. Thanks bebanyak...
Subscribe to:
Posts (Atom)